Rabu, 17 Mac 2010

AIR..... OH AIR

Sudah 5 hari kami minum dengan air yang bercampur masin. Hari keenam air langsung tutup - Tak ada air. Esoknya SAJ (saya akan jaga) hantar air. Tetapi terlalu terhad..Khabarnya dah di hentikan. Sapa
nak tanggung kos. Maka merayulah member kepada YB. Entah apa jawabnya....
Tak hairanlah JBA gulung tikar SAJ ganti. Setitik ayer untuk raayat pun kira...  Kami hanya mampu tunggu   ... mungkin sampai tahun 2013.

Selasa, 9 Mac 2010

APA TUGAS SEBENAR PEGAWAI-PEGAWAI

Pegawai-pegawai ternasu menteri hendaklah memastikan orangnya bertugas dengan baik dan sempurna, bukan hanya melepas batuk ditangga sahaja. Kalau kementerian itu berkaitan dengan bekalan air - haruslah pastikan bekalan air itu bersih dan menepati mutu yang sebaiknya.Kalau bekalan elektrik pula mesti menepati mutu yang baik. Bukan hanya diIbu Kota sahaja yang baik tetapi dikawasan luar bandar juga mestilah baik juga.
Ini tidak ! Beakan di Luar Bandar kebanyakan nya cahaya lampu macam api pelita ditiup angin. Atau macam mata Jurutera yang menjaga bekalan itu "sedang mengantuk" kerna tak cukup tidur. Kenapa WAKL RAKYAT tak bersuara?. Wakil Rakyat tak melawat kawasan itu. Jalan rosak - Nanti kereta mewahnya kotor. Jadi apa nak di-buat - UNDI CALUN LAIN DALAM PILIHAN RAYA NANTI.
Ini-lah nasib rakyat LUAR BANDAR.
Tempatnya takada MENTERI yang tinggal di sana. Jauh sekali PM mau tinggal disana mahu melwat pun tidak.

Isnin, 8 Mac 2010

LUAHAN PERASAAN MARHAIN KERDIL

Bila kita bicara fasal marhain kita di catagirikan sebagai SOSIALIS. Bila kita bicara pasal samarata kita boleh di anggap KOMUNIS, Bila kita bicara pasal Bumiputra kita akan dianggap sebagai RASIST. Bila kita bicara tentang Islam kita dikatagorikan sebagai EXTRIMIST. Bila kita bicara hak Raja-raja kita dianggap golongan FEODALIS.
Jadi apa yang boleh katakan. Apa lagi?... ... Scope yang bolaeh dikatan begitu terhad. Sebaiknya ikut saja trend sekrang. Bila boleh tahan ... ... BARULAH TERINGATKAN JEBAT.